phrase

15:48 May 1, 2005
Malay to English translations [Non-PRO]
Tech/Engineering - Electronics / Elect Eng
Malay term or phrase: phrase
TNBD Kuala Terengganu adalah salah sebuah anak syarikat TNB yang berada di bawah pengurusan Zob Wilayah Timur yang berpusat di Kuantan. TNBD ini pula merupakan syarikat yang menguruskan bekalan elektrik bagi Zon Tengah- Kuala Terengganu yang melibatkan penyeliaan membabitkan tiga buah daerah dalam Negeri Terengganu iaitu Kuala Terengganu, Marang dan Kuala Berang. TNBD- KT ini di ketuai oleh seorang pengurus atau jawatan penuhnya ialah Pengurus Perkhidmatan Rangkaian Zon Tengah ¡V TND Kuala Terengganu iaitu En. Mohd Fatani b. Hj Abd Rahman. Di bawah pengurus ini, terdapat empat orang eksekutif yang bertanggungjawab membabitkan proses pengendalian kerja iaitu Tn. Hj. Anuar b. Hj Zubir (Eksekutif Bahagian Perancang), En Musa b. Mustafa ( Eksekutif Pembinaan), En. Bahruddin b. Ismail (Eksekutif Bahagian Kendalian dan Senggaraan Voltan Tinggi) dan En. Wan Azihan b. Wan Ahmad (Eksekutif Bahagian Kendalian dan Senggaraan Voltan Rendah). Organisasi boleh dilihat secara ringkas di mukasurat sebelah. Carta organisasi yang dinyatakan melibatkan perkhidmatan rangkaian zon tengah dan juga melibatkan bahagian- bahagian dalam TNBD- KT. Selain bahagian perancang, pembinaan, kendalian dan senggaraan voltan tinggi serta voltan rendah, dua bahagian yang penting dalam TNBD ini ialah bahagian jangka yang diketuai oleh En. Shahabudin b. Hj Zakaria dan bahagian Perlindungan yang diketuai oleh En. Che Rime b. Jaafar. Semasa latihan perindustrian yang dijalankan, pihak TNBD telah mendedahkan kepada pelajar kerja atau operasi bagi ke enam-enam bahagian tersebut sepertimana jadual yang ditunjukkan dalam mukasurat sebelah.

Pengoperasian kerja dalam TND adalah membabitkan kerja-kerja pemulihan bekalan elektrik di bawah 33 kV. Ia bermula daripada Pencawang Masuk Utama (PMU) yang menerima 132 kV dari stesen janakuasa dan diturunkan kepada 33kV atau 11kV, bergantung kepada PMU. PMU ini pula mengagihkan bekalan elektrik kepada pencawang elektrik (PE) dengan menghantar voltan setinggi 11kV dan di turunkan kepada 415 V oleh PE tersebut untuk diberikan kepada pengguna yang menggunakan elektrik sebanyak 3 fasa (415) atau 240V iaitu pengguna 1 fasa. Kerja-kerja yang melibatkan penghantaran bekalan dari 33kV hingga 240V ini adalah diurus dan dikendalikan oleh TNBD.

Penerangan Ringkas Mengikut Bahagian.

Bahagian Perancang.

Bahagian ini merupakan antara proses pertama yang mesti dilalui bagi sesuatu projek yang ingin dijalankan. Pelajar didedahkan kepada projek yang dipohon oleh pengguna mengikut prosedur yang telah ditetapkan dan pihak perancang akan memproses projek terbabit samaada dilulskan atau tidak. Bagi projek yang telah diluluskan, bahagian perancang ini akan membuat lawatan dan proses penilaian atau jangkaan (estimate). Estimate amat penting dan mesti dijalankan kerana membabitkan penilaian kos-kos bagi sesuatu projek. Penilaian ini termasuklah membabitkan kos yang ditanggung oleh TNB dan juga pihak pengguna atau pemaju. Projek yang dimaksudkan di sini ialah projek bagi permohonan bekalan elektrik yang baru dan projek bagi permohonan dari pengguna untuk meningkatkan bekalan elektrik sedia ada.


Bahagian Kendalian dan Senggaraan Voltan Tinggi.

Di dalam bahagian ini, pelajar didedahkan tentang operasi ataupun kerja-kerja yang dilaksanakan oleh pihak TNB berkenaan penyelenggaraan dan pengendalian voltan tinggi iaitu antara 415 V hingga 11kV. Pelajar didedahkan berkenaan bagaimana penyelenggaraan pencawang elektrik (PE) dijalankan, ini termasuklah penyelenggaraan bagi Stesen Suis (SS) iaitu sebahagian dari rangkaian penghantaran elektrik antara PE. Dalam bahagian ini juga, terdapat pasukan yang merupakan pasukan tunggu sedia yang berfungsi untuk mengenalpasti dan membaikpulih apabila kerosakan voltan tinggi terjadi.

Bahagian Pembinaan.

Bahagian ini adalah merupakan bidang yang bertanggungwajab dalam melaksanakan sesuatu projek baru yang akan dibina atau dijalankan. Ianya boleh dilaksanakan setelah sesuatu projek telah diluluskan oleh bahagian perancang. Kerja yang dilakukan bukan saja terbatas kepada projek baru tetapi melibatkan projek meningkatkan bekalan eletrik yang dipohon oleh pengguna dan juga membabitkan projek sistem bekalan elektrik TNB itu sendiri. Kerja atau projek yang dimaksudkan disini ialah kerja-kerja ¡¥maintenance¡¦. Diantara bahagian terlibat ialah pencawang, kabel dan sesalur voltan rendah.

Bahagian Kendalian dan Senggaraan Voltan Rendah.

Kerja yang terlibat dalam bahagian ini adalah melibatkan membaikpulih dan memperbaiki sistem bekalan elektrik pada voltan renah iaitu di bawah 415 V. Bahagian ini terbahagi kepada empat bidang utama iaitu PPB atau Pusat Pengurusan Bekalan, Serbis, Sesalur Voltan Rendah (SVR) dan Lampu Awam.

Bahagian Jangka.

Di dalam bahagian ini, pelajar didedahkan kepada dengan penggunaan jangka meter samada 1 fasa ataupun 3 fasa, meter CT dan hal-hal yang berkaitan dengan penyelenggaraan elektrik di meter pengguna serta cara-cara pemotongan bekalan elektrik di kediaman pengguna.


Sistem Penghantaran dan Pengagihan Kuasa atau Bekalan Elektrik Oleh TNB.
TNB merupakan satu badan yang bertanggungjawab dalam menghasilkan tenaga elektrik di Semenanjung Malaysia. Secara umumnya, rangkaian sistem penghantaran elektrik di Malaysia ini dipanggil ¡¥National Grid System¡¦ yang menghubungkan stesyen- stesyen janakuasa yang ada di Semenanjung Malaysia. Sistem Grid ini melibatkan penghantaran bekalan voltan 275KV dan 132KV saja, bergantung kepada stesyen janakuasa yang menghasilkan atau menjanakan keupayaan voltan terbabit. Sistem ini amat penting antara satu stesyen dengan satu stesyen yang lain. Ini kerana setiap janakuasa bertindak saling Bantu membantu antara satu sama lain dalam penghantaran kuasa dan bertindak sebagai ¡¥backup¡¦ apabila salah satu stesyen janakuasa ¡¥down¡¦. Ini bermaksud, apabila salah satu stesyen janakuasa ¡¥breakdown¡¦, stesyen- stesyen lain mestilah membantu dengan menampung keupayaan yang dihasilkan oleh stesyen yang ¡¥breakdown¡¦ terbabit. Jadi dengan cara ini, rangkaian grid tersebut masih dapat membekalkan kuasa kepada pengguna walaupun terdapat stesyen janakuasa yang ¡¥breakdown¡¦ atau rosak.
Berdasarkan litar skematik 1.1, ianya merupakan sistem rangkaian elektrik 275/132KV bagi wilayah atau zon timur yang meliputi tiga buah negeri iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan. Litar atau rajah skematik ini merupakan hubungan stesyen- stesyen janakuasa berkeupayaan 275KV bagi kawasan timur seperti Kenyir, Paka, YTL, Pergau, Temenggor dan PMU (pencawang masuk utama) yang mempunyai rangkaian 132KV. Rangkaian stesyen janakuasa 275KV inilah merupakan sebahagian dari ¡¥National Grid System¡¦ yang dinyatakan di atas. Rangkaian yang ditunjukkan ini adalah sistem penghantaran jarak jauh yang diuruskan oleh TNBT (transmission). Segala masalah atau pengurusan adalah diuruskan bagi sistem talain atau penghantaran ini diuruskan oleh TNBT tersebut. Selain dari itu, anak syarikat TNB yang lain ialah TNBH (hydro) yang bertanggungjawab menguruskan dan menyelenggara janakuasa hidro iaitu melalui empangan seperti Kenyir. TNBG (generate) pula anak syarikat yang bertanggungjawab menguruskan operasi janakuasa melalui penjanaa contonya gas seperti di Paka.
Di Terengganu ini, salah satu stesyen janakakuasa yang berfungsi menghasilkan kuasa ialah Stesyen Janakuasa Sultan Mahmod, Kenyir. Untuk itu, litar skematik 1.2 merupakan skematik yang menunjukkan penjanaa kuasa yang dihasilkan oleh stesyen ini dan penghantarannya bagi kawasan yang terlibat terutamanya kepada PMU (pencawang masuk utama) iaitu substation yang penting dalam pengagihan kuasa kepada pengguna. Stesyen janakuasa ini mempunyai empat unit janakuasa yang mampu menghasilkan kuasa 100MW tiap- tiap satu dan akan beroperasi tiga unit janakuasa saja pada satu-satu masa. Bagi setiap unit janakuasa, voltang yang dijanakan ialah 13.8KV saja dan ditiingkatkan (¡¥step up¡¦) kepada 275KV menggunakan transformer Ynd1, dengan galangan (impendence) Z = 11% iaitu galangan yang telah ditetapkan oleh pengeluar transformer terbabit. Pembumian yang dijalankan oleh transformer bergantung kepada jenis sambungan transformer tersebut iaitu delta-wye (ƒ´-Y), keupayaan transformer terbabit dan fasa. Kaedah transformer ini dijalankan menggunakan dua alat iaitu R1N1 (earth resistance grounding) dan E1N1 (earth direct grounding). R1N1 dan E1N1 digunakan serentak untuk transformer berkeupayaan 7.5MVA keatas dan hanya menggunakan E1N1 bagi transformer berkeupayaan bawah dari 7.5 MVA.
Voltan setinggi 275kV dihasilkan oleh janakuasa ini akan dihantar atau dihubungkan kepada stesyen-stesyen janakuasa berkaitan seperti Paka 1, Paka 2, Tanah Merah 1 dan Tanah Merah 2. Bagi keperluan pengguna dalam kawasan Marang, Kuala Berang dan Kuala Terengganu, bekalan elektrik diambil dari janakuasa ini dengan stesyen ini akan menurunkan voltan dari 275kV kepada 132kV dengan menggunakan transformer berkeupayaan 180MVA, jenis Yy0d1. Janakuasa ini mempunyai empat ¡¥feeder¡¦ untuk dihantar kepada PMU atau Pencawang Masuk Utama Kuala Berang dan Chendering dan dua spare iaitu untuk backup atau untuk kegunaan pada masa akan datang. Setiap feeder mempunyai relay (geganti ) dan circuit breaker (pemutus litar). Relay ialah alat yang digunakan untuk mengesan sesuatu kerosakan dan memberi arahan atau isyarat agar pemutus litar trip atau belantik. Pada masa yang sama selain membekalkan bekalan kepada PMU stesyen ini juga menghantar terus bekalan pencawann elektrik berdekatan melalui transformer YN,zn11, 500kVA dan step down dari 11kV kepada 415v. Voltan 11kV ini adalah voltan yang telah diturunkan dari 132kV melalui transformer sebelum ini iaitu Yy0d1 melalui sambungan ƒ´.
Setelah membuat penghantaran bekalan 132kV kepada PMU, PMU ini pula akan mengagihkannya kepada pencawang- pencawang elektrik (PE) untuk kegunaan pengguna. Rajah skematik 1.4 (a) dan 1.4 (b) merupakan contoh PMU iaitu PMU Chendering yang digunakan untuk membuat penghantaran bekalan ke tempat persekitarannya. Berdasarkan rajah ini, incoming atau outgoing dari Janakuasa Kenyir atau PMU Kuala Terengganu adalah bekalan 132kV untuk PMU Chendering. PMU ini akan menurunkan voltan dari 132Kv kepada 11kV untuk diagihkan kepada pencawang disekitarnya dengan menggunakan dua buah transformer dengan keupayaan 30MVA setiap satu dan menggunakan R1N1 untuk sistemk pembumian.Setelah diturunkan kepada 11kV, voltan ini akan keluar dan disambung kepada 2 busbar iaitu 1 main dan 1 reserve. Voltan 11kV yang dihasilkan ini dihantar kepada 14 feeder dengan setiap feeder berkeupayaan menghantar 11kV voltan. Tanda pangkah (X) bagi setiap feeder ialah pemutus litar yang bertujuan sebagai langkah keselamatan dan perlindungan apabila berlakunya kerosokan atau fault. Setiap feeder telah dinyatakan tempat atau nama PE yang menerima bekalan 11kV dari PMU ini. Nama yang tertera disetiap feeder merupakan PE yang mula-mula menerima bekalan dan PE ini akan menghubungkan kepada PE seterusnya melalui penghantaran voltan setinggi 11kV, tidak kira samada menggunakan kabel bawah tanah (underground cabel) atau diudara (overhead). Bagi setiap PMU termasuklah PMU ini, terdapat feeder iaitu feeder 14 yang disambung kepada sebuah transformer tempatan yang berkeupayaan 300kVA iaitu yang bertujuan untuk kegunaan elektrik bagi PMU terbabit.
Rajah 1.5 merupakan skematik yang menunjukkan contoh bekalan elektrik yang akan dihantar kepada pengguna melalui rangkaian atau hubungan PE-PE yang terlibat. Berdasarkan rajah ini, feeder 8 dan 9 dari PMU Chendering merupakan sumber bekalan kepada Stesyen Suis Utama (SSU) TESDEC dan dari SSU inilah bekalan dihantar pula kepada PE yang terlibat untuk kegunaan pengguna. Kabel yang diguna pakai untuk menghantar bekalan 11kV dari PMU Chendering ke SSU TESDEC ini ialah kabel XLPE sebanyak 3 kabel bersaiz 1C X 500mmp, sejauh 12000m setiap satu. SSU ini pula mempunyai 6 feeder. Sebagai contoh untuk penghantaran bekalan elektrik kepada pengguna, feeder 5 diambil untuk penghantaran kepada PE bagi kawasan Perumahan Kos Rendah Medan Jaya.Bagi tujuan penghantaran ini, dari feeder 5 tersebut, kabel XLPE, 240mmp sejauh 2240m digunakan untuk menghantar bekalan kepada stesyen suis (SS) Lombong Emas. SS ini pula menghubungkan bekalan kepada PE Lombong Emas dengan menggunakan kabel XLPE, 240mmp sejauh 1804m. PE Lombong Emas ini pula bertindak menghantar bekalan kepada SS Sek. Men Rusila dengan menggunakan kabel 3 X 70mmp jenis ABC sejauh 1900m. SS ini pula menyambung bekalan elektrik kepada PE STMB Rusila dengan menggunakan kabel ABC 3 X 70mmp sejauh 750m. PE STMB ini pula akan menghantar bekalan kepada PE Perumahan Kos Rendah Medan Jaya dengan menggunakan kabel PILC, 185mmp sejauh 1 900m. Dari PE Medan jaya inilah, bekalan elektrik akan dihantar kepada pengguna. PE terbabit akan menurunkan voltan 11kV kepada 415V untuk kegunaan pengguna 1 fasa (240V) atau pengguna 3 fasa (415). PE yang menurunkan voltan ini adalah tetap menggunakan tansformer dan keupayaannya bergantung kepada saiz alatubah tersebut. Dalam kes ini, saiz transformer yang digunapakai ialah 300kVA. Keupayaan transformer ini boleh diketahui berdasarkan skematik iaitu nombor yang dinyatakan dalam bulatan (bulatan merupakan lambang atau simbol bagi pencawang elektrik) , cotohnya nombor 3 yang dinyatakan oleh PE Medan Jaya ini menandakan alatubah berkeupayaan 300kVA. Berpandukan skematik ini juga terdapat dua penunjuk iaitu tanda bulatan dan anak panah berwarna hitam. Bulatan hitam merupakan simbol earth fault indicator (EFI) atau line fault indicator (LFI) iaitu penunjuk rosak kebumi atau penunjuk talian rosak. Manakala anak panah pula menunjukkan ¡¥off point¡¦ yang bertindak sebagai langkah berjaga-jaga atau backup bagi sesuatu PE apabila PE terbabit terputus bekalan akibat masalah breakdown berlaku. Kedua- duanya adalah dipasang bagi setiap PE yang terlibat dan telah ditetapkan oleh pihak TNB.
Ini adalah penerangan ringkas berkenaan penghantaran bekalan elektrik dari stesyen janakuasa kepada pengguna berdasarkan skematik yang dikeluarkan atau disediakan oleh pihak TNB. Maklumat proses kerja dan peralatan serta kegunaan sesuatu komponen dalam TNBD ini akan diterangkan dalam bab seterusnya, bergantung kepada bahagian yang diikuti oleh pelajar.
wan


Summary of answers provided
3 +1litar skimatik
razmi


  

Answers


515 days   confidence: Answerer confidence 3/5Answerer confidence 3/5 peer agreement (net): +1
litar skimatik


Explanation:
litar skematik 1.1

--------------------------------------------------
Note added at 515 days (2006-09-29 02:31:02 GMT)
--------------------------------------------------

skematic diagram 1.1

Example sentence(s):
  • litar skematik 1.1
razmi

Peer comments on this answer (and responses from the answerer)
agree  k9999: LITAR SKIMATIK
190 days
Login to enter a peer comment (or grade)



Login or register (free and only takes a few minutes) to participate in this question.

You will also have access to many other tools and opportunities designed for those who have language-related jobs (or are passionate about them). Participation is free and the site has a strict confidentiality policy.

KudoZ™ translation help

The KudoZ network provides a framework for translators and others to assist each other with translations or explanations of terms and short phrases.


See also:
Term search
  • All of ProZ.com
  • Term search
  • Jobs
  • Forums
  • Multiple search